Premium
Darul Ghufran ditutup bagi kerja peningkatan
Sep 17, 2016 | 5:30 AM

SELESAI MENGUNJUNGI MASJID SEMENTARA: (Dari kiri) Pengarah Masjid Muis, Encik Mohamad Helmy Isa; Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad; Dr Yaacob Ibrahim; dan Pengerusi Masjid Darul Ghufran, Encik Abdul Matin Mirza Abdul Majid, melihat persekitaran masjid semetara yang dibina bersebelahan bangunan lama. - Foto KHALID BABA -
SEKITAR 4,000 jemaah termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, hadir untuk menunaikan solat Jumaat terakhir di Masjid Darul Ghufran yang dipimpin oleh Mufti Dr Mohd Fatris Bakaram semalam.
Ini kerana masjid yang berusia 25 tahun itu akan ditutup bagi kerja peningkatan mulai Isnin ini, namun solat jemaah telah pun dijalankan di masjid sementara sewaktu solat fardu asar.

