Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dasar mengenai kandungan media tidak akan ubah dengan pemansuhan Seksyen 377A: MCI

Aug 22, 2022 | 4:10 PM
DASAR KANDUNGAN MEDIA TIDAK AKAN BERUBAH: MCI berkata dasar pemerintah mengenai kandungan media tidak akan berubah dengan pemansuhan Seksyen 377A.
DASAR KANDUNGAN MEDIA TIDAK AKAN BERUBAH: MCI berkata dasar pemerintah mengenai kandungan media tidak akan berubah dengan pemansuhan Seksyen 377A. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN

DASAR pemerintah mengenai kandungan media tidak akan berubah dengan pemansuhan undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah, kata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Kandungan media lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan terus tergolong dalam rating usia lebih tinggi, tambah kementerian itu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MCI mengesahkan kedudukan pemerintah bahawa pemansuhan Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah tidak bererti nada masyarakat akan diubah.

"Pendekatan kawal selia kandungan kami perlu peka terhadap norma dan nilai masyarakat. Kami akan terus mengambil rujukan daripada norma semasa," kata MCI.

Kenyataan MCI itu dibuat menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan semalam bahawa pemerintah akan memansuhkan Seksyen 377A.

Namun, Encik Lee menambah bahawa pemerintah juga akan meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita untuk mengelakkan cabaran undang-undang pada masa depan.

MCI berkata pihak berkuasa mengawal kandungan media untuk melindungi khalayak yang lebih muda daripada kandungan yang tidak sesuai dengan umur, dan pada masa yang sama, membolehkan khalayak yang matang membuat pilihan termaklum.

"Kandungan media dengan jangkauan dan impak lebih tinggi tertakluk kepada syarat yang lebih ketat," kementerian itu.

MCI berkata IMDA kerap berunding dengan jawatankuasa penasihatnya, yang terdiri daripada orang awam daripada pelbagai latar belakang, mengenai tajuk tertentu dan juga garis panduan dan peraturan kandungan dalam usaha memahami pandangan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg