Dasar PM Lee bantu masyarakat Melayu/Islam maju dalam pendidikan, kerja
Premium
Dasar PM Lee bantu masyarakat Melayu/Islam maju dalam pendidikan, kerja
Apr 21, 2024 | 5:30 AM
Dasar PM Lee bantu masyarakat Melayu/Islam maju dalam pendidikan, kerja
Keperibadian Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri), yang antara lain, penuh belas kasihan, memberi sokongan tegas terhadap peningkatan dan kemajuan masyarakat, pengetahuan budaya yang mendalam serta kefasihan berbahasa Melayu, secara kolektif telah menyumbang kepada populariti beliau dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura, kata penganalisis. Gambar diambil semasa acara iftar di Ang Mo Kio pada Ogos 2012. Bersama beliau ialah mantan Anggota Parlimen, Encik Inderjit Singh (di kanan Encik Lee) dan Dr Intan Azura Mokhtar. - Foto fail
Tatkala kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kali pertama dikesan pada 2001, hubungan antara kaum di Singapura mengalami cabaran.
Ia satu tempoh masa yang sukar dan sensitif, lebih-lebih lagi dengan serangan 9/11 pada 2001 yang telah menimbulkan ancaman pengganasan dan juga Islamofobia, serta hubungan yang tegang antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.
Laporan berkaitan
Penduduk, pegerai di Ang Mo Kio lahir penghargaan kepada PM LeeApr 19, 2024 | 3:21 PM
Komitmen PM Lee terhadap masyarakat Melayu/Islam Apr 18, 2024 | 8:13 PM

