Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Data genomik pesakit barah akan didigitalkan untuk dipadankan dengan lebih baik bagi percubaan klinikal

Oct 27, 2022 | 5:36 PM
Kolaborasi baru bagi mendigitalkan data genomik pesakit barah, bertujuan membaiki pemadanan pesakit sedemikian dengan percubaan klinikal yang berterusan, sedang berjalan.
Kolaborasi baru bagi mendigitalkan data genomik pesakit barah, bertujuan membaiki pemadanan pesakit sedemikian dengan percubaan klinikal yang berterusan, sedang berjalan. - FOTO: fail

SATU kolaborasi baru bagi mendigitalkan data genomik pesakit barah, bertujuan membaiki pemadanan pesakit sedemikian dengan percubaan klinikal yang berterusan, sedang berjalan.

Kerjasama itu ditandatangani hari ini (27 Oktober) antara Oncoshot, sebuah platform bagi pesakit barah dan pakar onkologi, firma famasi Switzerland, Roche, dan Pusat Barah Icon. Teknologi pemadanan percubaan klinikal Oncoshot akan berpotensi menawarkan lebih pilihan bagi pesakit barah dengan mempercepatkan akses mereka kepada percubaan tersebut.

Ujian genom, biasanya dalam bentuk penjujukan generasi selanjutnya yang membenarkan seluruh genom atau bahagian DNA yang disasarkan untuk dibaca, akan dilakukan ke atas pesakit barah lanjutan yang telah jalani penjagaan piawai namun belum mencapai kemajuan optimal.

Apabila pesakit barah sedang menjalani proses ujian genomik, hasil ujian akan dikembalikan dalam bentuk salinan kepada doktor mereka, yang mungkin tidak sedar akan kesemua pilihan percubaan klinikal yang tersedia untuk pesakit mereka.

Percubaan ini penting memandangkan ia membenarkan doktor mencari kaedah baru untuk memperbaiki pilihan rawatan bagi mereka yang mempunyai sesetengah jenis penyakit.

Dengan kolaborasi ini, profil genomik seorang pesakit akan didigitalkan, dan proses memadankan pesakit dengan percubaan klinikal paling sesuai pada platform Oncoshot akan dipercepatkan.

Daripada hanya bertindak selaku pangkalan data bagi percubaan klinikal, proses pemadanan ini boleh berlaku secara langsung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg