Data peribadi 30,000 pengguna khidmat e2i NTUC mungkin diakses penjenayah siber

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Data peribadi 30,000 pengguna khidmat e2i NTUC mungkin diakses penjenayah siber

Apr 6, 2021 | 5:30 AM

Data peribadi 30,000 pengguna khidmat e2i NTUC mungkin diakses penjenayah siber

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
0a536bc3-366b-4243-9422-fe23f5253dd6
-

DATA peribadi kira-kira 30,000 orang yang menggunakan khidmat Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), mungkin telah diakses oleh penjenayah siber.

Penjenayah siber itu mungkin mempunyai akses tanpa izin ke atas nama individu, kelayakan pendidikan, nombor kad pengenalan, maklumat nombor telefon dan pekerjaan, menurut kenyataan e2i semalam.

e2i, yang menyediakan latihan kemahiran dan perkhidmatan pemadanan pekerjaan untuk pekerja, telah memohon maaf atas perkara itu dan berkata ia sedang menghubungi pengguna yang terjejas.

Institut itu menjelaskan pihaknya diberitahu mengenai kejadian itu pada 12 Mac, apabila perisian hasad atau malwe telah menjejas e-mel seorang pekerja vendor pihak ketiga yang dilantik e2i, iaitu firma perkhidmatan pusat hubungan, i-vic International.

E-mel yang terjejas mengandungi data peribadi kira-kira 30,000 orang yang telah menggunakan perkhidmatan e2i.

"Memandangkan kerumitan siasatan ini, ia memerlukan masa untuk membuat penilaian impak," kata e2i.

"Kami telah segera bekerjasama dengan vendor bagi memastikan sifat dan sejauh mana data peribadi yang berpotensi terjejas."

e2i dan i-vic International telah mengambil langkah-langkah memperketat keselamatan sistem e-mel dan rangkaian, dan melakukan pemeriksaan dengan memantau kelemahan yang berpotensi.

Mereka sedang menghubungi individu yang mungkin terjejas melalui e-mel, SMS dan panggilan telefon untuk memaklumkan mereka mengenai kejadian itu dan untuk menyediakan sokongan tentang bagaimana menguruskan potensi risiko yang terlibat.

e2i berkata mereka yang terjejas oleh pelanggaran data harus berwaspada terhadap percubaan memancing data dan kegiatan atau permintaan yang mencurigakan.

Mereka yang menerima e-mel yang mencurigakan, atau mengesyaki mereka telah menjadi sasaran penipuan, boleh menghubungi e2i.

Selain itu, mereka boleh membuat laporan dalam talian dengan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura di bawah Agensi Keselamatan Siber Singapura di https://www.csa.gov.sg/singcert/resources/report-a-phishing-email

Sementara itu, Encik Gilbert Tan, ketua pegawai eksekutif e2i, berkata:

"Kami memohon maaf di atas kegelisahan yang mungkin dirasakan pelanggan kami akibat daripada kejadian data ini.

"Perlindungan data peribadi pelanggan kami sangat penting bagi kami."

Beliau menambah bahawa perisian hasad itu tidak menyasarkan e2i secara langsung tetapi ia sedang memeriksa sistem teknologi maklumat serta vendornya.

"Di tengah-tengah semua langkah ini, saya ingin memastikan bahawa operasi, perkhidmatan dan sistem e2i tetap tidak terjejas dan mereka mencari kerja dapat terus mencari pekerjaan dan memohon bantuan kerja dengan e2i," kata Encik Tan.

Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat, orang ramai boleh lungsuri laman web e2i di https://www.e2i.com.sg/securityincident.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg