SEORANG lelaki 64 tahun yang menunjukkan video lucah kepada cucu lelakinya sebelum melakukan kesalahan seksual terhadapnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun hari ini (22 Jun).
Nama pemandu dan pekerja pembersihan sambilan itu tidak boleh didedahkan demi melindungi identiti cucunya yang berumur antara tujuh dengan lapan tahun semasa kejadian itu berlaku di flat empat bilik keluarganya antara 2015 dengan 2016.
Mahkamah diberitahu bahawa pada awal 2015, datuk itu memanggil cucunya ke biliknya dan mengusapnya.
Apabila pembantu rumah keluarga itu memanggi budak lelaki itu, dia panik.
Dia menyuruh cucunya memakai pakaian semula dan mengingatkannya supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu sambil menambah ia akan menimbulkan masalah dengan ibu bapanya, menurut akhbar The Straits Times.
Pada Disember tahun itu, lelaki itu ditahan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) dan pulang ke pangkuan keluarganya pada September 2016.
Namun lebih seminggu selepas dia pulang ke rumah, dia melakukan kesalahan seksual lagi dengan cucunya ketika tiada orang di rumah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg