SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Datuk 89 tahun yang maut dihempap dahan disayangi, berdikari, kata keluarga

Datuk 89 tahun yang maut dihempap dahan disayangi, berdikari, kata keluarga

Apr 22, 2018 | 8:24 PM

Datuk 89 tahun yang maut dihempap dahan disayangi, berdikari, kata keluarga

Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Cik Denise Phua (kanan) bercakap kepada anggota keluarga Allahyarham Muhammed Sesin, yang meninggal dihempap dahan pokok yang jatuh.
Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Cik Denise Phua (kanan) bercakap kepada anggota keluarga Allahyarham Muhammed Sesin, yang meninggal dihempap dahan pokok yang jatuh. - FOTO: ADRIAN LIM

Anak-anaknya mahu beliau tinggal bersama mereka, tetapi Encik Muhammed Sesin, 89 tahun, lebih suka berdikari, tinggal sendirian di flat HDB di North Bridge Road.

Sekitar 5.30 pagi Sabtu (21 April), beliau berjalan ke tempat kerja di Sultan Plaza sebagai pekerja pembersih apabila dahan pokok jatuh menghempap dan membunuhnya.

Allahyarham disahkan meninggal di tempat kejadian oleh paramedik.

Seorang menantunya, Cik Masnawiah Mansor, 53 tahun, berkata beliau terkejut ketika seorang ahli keluarga memaklumkan kematian itu.

"Ayah mentua saya sihat. Ramai daripada kami memintanya tinggal dengan kami, tetapi beliau suka berdikari. Beliau sentiaca ceria dan bekerja keras," katanya kepada akbar The Straits Times pada Ahad (22 April).

Allahyarham, yang dikebumikan pada petang Ahad, meninggalkan 13 anak dan lebih 30 cucu. Isterinya telah meninggal pada 2007.

Selepas pengebumiannya, anggota keluarga bertemu dengan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar dan Datuk Bandar Singapura Central Denise Phua di flat Allahyarham.

"Kami akan beri sebarang bantuan kepada keluarganya," kata Cik Phua sambil menambah insiden serupa itu pertama kali berlaku dalam GRCnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg