Topic followed successfully
Go to BHkuDavid Ong minta maaf kepada penduduk SMC Bukit Batok
Premium
David Ong minta maaf kepada penduduk SMC Bukit Batok
Apr 8, 2016 | 5:30 AM
David Ong minta maaf kepada penduduk SMC Bukit Batok
ENCIK ONG: Mengaku buat kesilapan serius yang membawa kepada peletakan jawatannya sebagai AP. -
MANTAN Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok, Encik David Ong, telah menghantar surat peribadi memohon maaf kepada para penduduk selepas beliau meletakkan jawatan atas dakwaan terlibat dalam hubungan sulit dengan anggota Cabang Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) Bukit Batok, Cik Wendy Lim.
Surat yang tidak bertarikh dan ditulis dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil itu telah dikirimkan kepada penduduk kawasan Bukit Batok dan disebarkan di dalam media sosial kelmarin.

