Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Daya usaha pemerintah bantu warga emas tingkat kesejahteraan, hidup lebih sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daya usaha pemerintah bantu warga emas tingkat kesejahteraan, hidup lebih sihat

Feb 16, 2024 | 08:53 PM



Melalui daya usaha SG Lebih Sihat atau Healthier SG, Cik Rubiah Rahim, 68 tahun, menemui ketenangan dan haluan setelah diberhentikan kerja dalam industri minyak sebagai teknisyen jitu dan tinggal bersendirian selepas pemergian ibunya pada 2023.

Mengetahui tentang SG Lebih Sihat melalui berita di televisyen dan risalah, beliau terdorong untuk menghadiri lima jerayawara atau ‘roadshow’ SG Lebih Sihat di Kampung Admiralty, West Coast, Clementi, Keat Hong dan Jurong West.

Cik Rubiah menghadiri perundingan pertama setelah mendaftar dalam program itu dan menerima nasihat penting tentang cara menguruskan kesihatannya, termasuk perubahan pemakanan dan senaman.

Cik Rubiah adalah antara lebih 700,000 penduduk Singapura yang mendaftarkan diri bagi SG Lebih Sihat, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

Encik Wong turut mengajak setiap warga emas mengikut jejak langkah Cik Rubiah dalam menjalani gaya hidup sihat.

Cik Rubiah yang mempunyai tekanan darah tinggi kini mengunjungi Pusat Penuaan Aktif (AAC) Lions Befrienders (LB) @ 420A Clementi setiap hari dan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan.

Ini termasuk senaman pagi, permainan Bingo serta seni dan kraf.

Beliau juga menghadiri ceramah mengenai kesihatan dan kemahiran digital anjuran pusat itu.

Cik Rubiah, yang pernah bekerja dan menjaga mesin pelantar minyak selama 34 tahun, kini merupakan sukarelawan aktif di jerayawara SG Lebih Sihat.

Program seperti senaman dan peluang sukarela adalah antara usaha pemerintah meluaskan rangkaian AAC dan menyokong warga emas menua secara aktif, kekal berhubung secara sosial dan terjaga.

Apabila ditanya tentang dorongan mendaftarkan diri bagi SG Lebih Sihat, Cik Rubiah memberitahu Berita Harian bahawa beliau menerima penilaian kesihatan menyeluruh yang ditawarkan, termasuk senaman kekuatan, penilaian berjalan kaki dan perbincangan mengenai pemakanan dan permainan memori.


“Apabila saya mendapati bahawa terdapat insentif setelah kita melakukan senaman, kita dapat mengumpul mata dan kemudian boleh menukarnya kepada wang. Saya menggunakannya untuk tambang pengangkutan,” ujar Cik Rubiah yang kini sudah dua tahun mengunjungi LB @ 420A Clementi.

Di pusat itu, beliau dapat menilai keadaan kesihatan penting seperti tekanan darah, kadar denyutan jantung, jisim otot, lemak badan dan banyak lagi dengan menggunakan ‘IM-Healthy’ yang dibangunkan LB sebagai stesen pengukuran kesihatan penting layan diri sehenti.

“Melalui kerja sukarela ini, saya dapat membantu warga emas lain dan mengajak mereka untuk ikut serta.

“Walaupun pada awalnya mereka keberatan, saya berjaya memujuk beberapa rakan untuk turut serta,” kata Cik Rubiah, yang dahulunya menghidap barah buah dada dan kini sudah 12 tahun bebas daripadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >