Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DBS peruntuk $1b dalam 10 tahun untuk golongan memerlukan di pasaran utama, termasuk S’pura

Aug 12, 2023 | 11:37 AM
Sebagai permulaan, DBS akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah. Encik Masagos (lapan dari kiri) berkata MSF berterima kasih atas komitmen DBS untuk memberi kesan kepada masyarakat.
Sebagai permulaan, DBS akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah. Encik Masagos (lapan dari kiri) berkata MSF berterima kasih atas komitmen DBS untuk memberi kesan kepada masyarakat. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI

DBS akan memperuntuk sehingga $1 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan mudah terjejas.

Dari 2024 hingga 2033, bank itu akan memperuntuk sehingga $100 juta setahun di Singapura dan pasaran utamanya yang lain di China, Indonesia, India, Hong Kong dan Taiwan, umum bank itu pada Jumaat.

Dana itu akan disalurkan kepada inisiatif seperti bantuan untuk keperluan harian seperti makanan dan perumahan, pendidikan, program celik digital dan kewangan, serta mengukuhkan daya tahan emosi dan mental.

Bank yang mempunyai seramai 36,000 pekerja itu akan menyumbang lebih 1.5 juta jam sebagai sukarelawan untuk sepanjang dekad akan datang bagi khidmat masyarakat, termasuk pengagihan makanan dan program bimbingan dengan institut pengajian tinggi.

DBS berkata dalam beberapa bulan akan datang, ia akan mengenal pasti organisasi dan program utama untuk memberi kerjasama dan sokongan.

Sebagai permulaan, bank itu akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan isi rumah yang memerlukan bantuan tambahan.

Dalam satu catitan di Facebook pada Jumaat malam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata: “Kami berterima kasih atas komitmen DBS untuk memberi impak sosial dan berharap untuk melihat rakan kongsi korporat kami memanfaatkan kekuatan dan sumber mereka untuk membantu dalam usaha membina keluarga yang kukuh dan masyarakat penyayang”.

Ketua Eksekutif Kumpulan DBS, Encik Piyush Gupta berkata pemulihan ekonomi yang tidak rata selepas pandemik, ditambah dengan inflasi yang tinggi, telah memburukkan lagi nasib golongan yang lemah dari segi kewangan.

“Di tengah-tengah keadaan yang semakin mencabar, kami mahu menggiatkan usaha untuk menyokong mereka yang paling kekurangan sumber, memberikan mereka akses kepada peluang asas yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg