Premium
Deanna’s Kitchen kembang niaga mi udang
Ambil alih kedai kopi di Kembangan, manfaatkan permintaan meningkat terhadap makanan Cina halal
Feb 3, 2025 | 5:30 AM
Deanna’s Kitchen, gerai mi udang halal popular mengambil alih kedai kopi di Kembangan, di 10 Jalan Masjid. Usahawan sebalik jenama itu, Cik Denise Deanna Chew dan suaminya, Encik Muhammad Asri Ramli, berkata perkembangan itu didorong oleh keinginan untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan dan peluang pertumbuhan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Mengambil langkah berani ke hadapan, Deanna’s Kitchen, gerai mi sup udang halal popular, telah mengembangkan perniagaannya dengan mengambil alih sebuah kedai kopi di Kembangan, di 10 Jalan Masjid.
Usahawan di sebalik jenama itu sejak 2017 ialah pasangan suami isteri Encik Muhamad Asri Ramli dan Cik Denise Deanna Chew.
Laporan berkaitan
Pemilik butik pengantin cabar diri pamer koleksi 100 busanaSep 20, 2024 | 5:58 PM
Pengantin cipta laman web vendor perkahwinan, permudah rancang majlisDec 12, 2024 | 1:18 PM

