BEKAS tapak landasan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) di Singapura, Koridor Rel, merupakan antara tempat digemari ramai, tetapi tidak ramai yang boleh mengatakan mereka telah berjalan sepanjang koridor itu dari satu hujung ke hujung yang lain.

Namun itulah yang dilakukan Ketua Pasukan Teknikal di Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Encik Borhan Samsudin, yang telah berjalan sepanjang 24 kilometer laluan itu.