Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Delegasi kongres Amerika lawat S’pura; perkukuh hubungan rapat

May 24, 2023 | 6:41 PM
ERATKAN HUBUNGAN: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (lima dari kanan), bergambar bersama satu delegasi Kongress Amerika Syarikat yang berada di Singapura dari 22 hingga 24 Mei.
ERATKAN HUBUNGAN: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (lima dari kanan), bergambar bersama satu delegasi Kongress Amerika Syarikat yang berada di Singapura dari 22 hingga 24 Mei. - Foto MFA

MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, menjadi tuan rumah kepada satu rombongan delegasi Kongress Amerika Syarikat yang berada di Singapura dari 22 hingga 24 Mei 2023 dan memperkukuh hubungan rapat Singapura dengan Amerika.

Delegasi itu dianggotai Senator Encik Mike Crapo, Encik John Boozman, Encik Ron Johnson, Encik Mike Lee, Cik Deb Fischer dan Encik John Neely Kennedy.

Delegasi itu turut dijadual bertemu dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

Pada 22 Mei, Encik Tharman menyambut delegasi itu dalam satu acara makan malam.

Beliau mengalu-alukan komitmen delegasi itu dalam mengekalkan pendekatan kerap Amerika bersama rantau Asia Tenggara, termasuk kerjasama menerusi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (Ipef), kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kedua-dua pihak turut membincangkan tentang ikatan ekonomi dua hala mendalam antara Singapura dengan Amerika dan berkongsi pandangan terhadap perkembangan serantau dan sedunia.

Dr Balakrishnan pula menjadi hos bagi delegasi itu dalam satu jamuan sarapan pada 23 Mei.

Kedua-dua pihak menegaskan semula persahabatan rapat dan pelbagai aspek Singapura dengan Amerika, kata MFA.

Mereka telah membincangkan bagaimana sistem bersepadu ekonomik, perdagangan bebas, dan rantaian bekalan global, dianjur berlandaskan prinsip kelebihan kompetitif, telah menghasilkan pelbagai peluang bagi penduduk kedua-dua rantau Pasifik.

Mereka juga telah membincangkan bagaimana Amerika dapat mempertingkat keberadaan ekonomi mereka dalam rantau ini, termasuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Tenggara.

Dr Balakrishnan dan delegasi tersebut menegaskan semula kepentingan membuat pelaburan dalam pendidikan, pembangunan kemahiran dan prasarana baru dalam era digital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg