Deliveroo, WeCare@MarineParade agih juadah berbuka puasa bagi keluarga memerlukan
Premium
Deliveroo, WeCare@MarineParade agih juadah berbuka puasa bagi keluarga memerlukan
May 7, 2020 | 5:30 AM
JALIN KERJASAMA: Deliveroo Singapore bekerjasama dengan WeCare@MarineParade untuk menghantar juadah berbuka puasa kepada keluarga Muslim kurang bernasib baik Ramadan ini. - Foto DELIVEROO SINGAPORE -
SEJUMLAH 1,200 bungkusan juadah berbuka puasa akan dikirim kepada benefisiari dan keluarga memerlukan Ramadan ini, di bawah inisiatif yang melibatkan kerjasama tiga pihak dan derma ikhlas seorang individu.
Inisiatif yang berlangsung dari Isnin lalu (4 Mei) hingga 22 Mei itu akan melihat pekerja penghantaran makanan Deliveroo menghantar sajian yang dimasak oleh Islamic Restaurant Singapore kepada 115 keluarga dan 428 benefisiari Muslim kurang bernasib baik di Singapura.

