Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Denise Phua bidas komen Pritam tentang CDC

Feb 26, 2021 | 5:30 AM
CIK DENISE PHUA - Foto fail
CIK DENISE PHUA - Foto fail -

MAYOR Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua, semalam membidas komen ketua pembangkang Encik Pritam Singh mengenai peranan CDC dan Mayor, dengan Cik Phua menyifatkan komen Encik Singh sebagai memperkecil usaha yang dilakukan lima CDC sejauh ini.

Beliau mempertahankan kerja yang dilakukan CDC dalam menyokong inisiatif nasional, bekerjasama dengan rakan masyarakat seperti pihak korporat, serta memperjuang semangat menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Nilai struktur CDC, meskipun di bawah Persatuan Rakyat, ialah ketangkasan dan keupayaan untuk memberi respons dan membangun program di peringkat daerah lebih pantas daripada agensi pemerintah yang lebih besar.

"Kami telah membangun program menerusi huraian inovatif dan kerjasama dengan rakan kerja untuk memberi khidmat lebih baik kepada penduduk secara khusus," ujar Cik Phua di Parlimen semalam.

Beliau memberi contoh pelbagai program oleh lima CDC, termasuk program pemberian makanan dan program kesejahteraan bagi keluarga bergaji rendah, serta program untuk mengubah suai rumah golongan kurang bernasib baik.

Dalam ucapannya di perbahasan Belanjawan kelmarin, Encik Singh berkata terdapat tanggapan warga Singapura bahawa gaji yang diberikan kepada Mayor "tidak masuk akal, terutama kerana (gaji itu) dilihat sebagai tidak setimpal dengan peranan atau fungsi Mayor".

Encik Singh berkata skim baucar CDC yang diperkenalkan dalam Belanjawan baru-baru ini seakan-akan "satu cara bagi menjadikan CDC relevan" di mata warga Singapura.

Memberi respons, Cik Phua berkata:

"Tuduhan Encik Singh bahawa pemerintah sedang cuba mencari cara bagi CDC untuk jadi relevan dengan meminta mereka mengurus skim baucar CDC, memperkecil CDC dan rakan kerja mereka."

Encik Singh pula berkata apa yang menjadi keprihatinannya adalah apakah peranan Mayor harus menjadi peranan sepenuh masa, memandangkan CDC kini telah berubah, dengan peranan menghulurkan bantuan telah dialihkan kepada pejabat perkhidmatan sosial (SSO).

Cik Phua berkata beliau, yang menjaga daerah paling besar di antara lima CDC itu, boleh dikatakan seorang mayor sepenuh masa, manakala mayor lain memainkan pelbagai peranan lain.

Mayor lain termasuk Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan) Low Yen Ling, yang juga pengerusi Jawatankuasa Mayor serta Mayor CDC South West; Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); Mayor CDC North West Alex Yam; dan Mayor CDC North East Desmond Choo, penolong setiausaha agung NTUC.

"Nilai struktur CDC, meskipun di bawah Persatuan Rakyat, ialah ketangkasan dan keupayaan untuk memberi respons dan membangun program di peringkat daerah lebih pantas daripada agensi pemerintah yang lebih besar. "Tuduhan Encik Singh bahawa pemerintah sedang cuba mencari cara bagi CDC untuk jadi relevan dengan meminta mereka mengurus skim baucar CDC, memperkecil CDC dan rakan kerja mereka." - Cik Denise Phua, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg