Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Depoh bas baru akan dibina di Yishun jelang 2029

Feb 12, 2024 | 1:32 PM
Depoh baru itu akan terdiri daripada sebuah bangunan utama empat tingkat, kuarters berbilang tingkat bagi pekerja pengangkutan, dan bangunan sampingan lain.
Depoh baru itu akan terdiri daripada sebuah bangunan utama empat tingkat, kuarters berbilang tingkat bagi pekerja pengangkutan, dan bangunan sampingan lain. - Foto LIM YAOHUI

Satu depoh bas baru akan dibina di Yishun Avenue 8 menjelang 2029, sedang Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) terus memperbaharui dan menggantikan prasarana bas.

Agensi itu memanggil tender pada 2 Februari untuk membina depot bas bertingkat di kawasan Simpang. Terletak di tapak seluas 5.6 hektar bersebelahan tempat meletak kenderaan berat berhadapan Yishun Industrial Park, depoh baru itu akan dapat menempatkan 500 bas, dedah LTA.

Plot tanah itu, yang sebelum ini menempatkan asrama pekerja migran, dikosongkan pada 2019 dan telah dizonkan semula daripada satu tapak simpanan ke tapak kemudahan pengangkutan pada Ogos 2022.

LTA berkata depoh baru itu akan merangkumi sebuah bangunan utama empat tingkat, kuarters berbilang tingkat bagi pekerja pengangkutan, dan bangunan sampingan lain, lapor The Straits Times.

Bangunan depoh utama akan mempunyai kemudahan bagi operasi bas harian, pembaikan dan penyenggaraan bas, tempat letak bas dan pengecasan bas elektrik. Panel solar akan dipasang di bumbung.

Pembinaan depot baru dijangka bermula pada 2024, dan ia dijadualkan dibuka pada 2029 untuk menyokong operasi bas di kawasan utara.

LTA menyatakan depoh baru di Simpang ialah depoh gantian, namun tidak menyatakan depoh bas mana sedia ada yang akan digantikannya.

Depoh bas baru itu adalah yang ketiga LTA untuk dibina menjelang 2029, bersama dua yang lain di Pasir Panjang dan Lorong Halus.

Pembinaan dua depoh itu juga akan bermula pada 2024.

LTA berkata pada Ogos 2023 bahawa depoh bas Pasir Panjang yang baru akan mempunyai bangunan utama tujuh tingkat yang boleh menempatkan 550 bas, serta kuarters kakitangan bagi pekerja.

Bakal dibina di atas tapak bekas Pasir Panjang Distripark di Harbour Drive, ia dijangka menyokong operasi bas di kawasan selatan.

Depoh Pasir Panjang itu akan mempunyai pengecas bas elektrik dan panel solar atas bumbung, sama seperti depoh Simpang.

Pada Disember 2023, LTA telah memanggil tender untuk membina sebuah depoh di Lorong Halus di satu tapak 6 hektar di Serangoon River Road.

Depoh empat tingkat itu akan menempatkan 550 bas dan menjadi pengganti depoh bagi kawasan timur, ujar LTA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg