Dera anak sampai mati: Hukuman penjara 27 tahun bagi bapa dan ibu
Premium
Dera anak sampai mati: Hukuman penjara 27 tahun bagi bapa dan ibu
Jul 14, 2020 | 5:30 AM
SIMBAH AIR PANAS: Azlin Arujunah dan Ridzuan Mega Abdul Rahman. Pasangan ini menyimbah air panas ke tubuh anak lelaki itu empat kali antara 15 Oktober dengan 22 Oktober 2016. - FOTO: DOKUMEN MAHKAMAH, FACEBOOK -
SEPASANG suami isteri yang mendera anak mereka yang berusia lima tahun hingga mati kelecuran dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun dan rotan di Mahkamah Tinggi semalam.
Ridzuan Mega Abdul Rahman, 28 tahun, dihukum penjara 27 tahun dan sebat 24 kali, sementara isterinya, Azlin Arujunah, 28 tahun, juga dihukum penjara 27 tahun, dengan tambahan satu tahun bagi menggantikan hukuman rotan.

