Topik diikuti
Pergi ke BHkuDerma tanpa wang tunai kepada TAA guna kod QR
Derma tanpa wang tunai kepada TAA guna kod QR
ORANG ramai boleh menderma dengan mudah tanpa wang tunai menggunakan telefon bijak mereka kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dengan kod elektronik (kod QR) Nets yang dilancarkan di Joo Chiat Complex semalam.
Kempen mengumpul derma untuk TAA akan berlangsung selama dua bulan dari 4 Mei hingga 30 Jun.
TAA menyasarkan untuk mengumpul $850,000 dalam kempen tersebut, menerusi surat rayuan, Telepoll, kotak derma, serta kod QR Nets yang baru itu.
Semalam, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, menghadiri majlis pelancaran kotak derma TAA di Joo Chiat Complex.
"Sepanjang 26 tahun yang lalu, Persatuan TAA telah melakukan usaha yang baik dalam menyediakan sokongan kewangan kepada mereka yang meme`rlukan. Ini hanya boleh berlaku dengan sokongan kuat dan sumbangan murah hati daripada masyarakat.
"Marilah kita terus mengembangkan semangat SG Cares ini, untuk membantu dan menjaga satu sama lain dalam membangun masyarakat yang kukuh," ujar Cik Sim Ann.
TAA berkata Joo Chiat Complex merupakan tempat utama bagi kempennya memandangkan gerai derma di pusat membeli-belah itu mengumpul derma paling banyak, berbanding kotak derma di tempat lain.
Tahun ini, TAA me`nerima 3,300 permintaan bantuan, yang merupakan kenaikan yang diterimanya tahun lalu.
Kempen TAA untuk tahun ini telah dilancarkan secara rasmi minggu lalu.
Seperti tahun-tahun lepas, tabung derma TAA akan diletakkan di pelbagai kawasan bagi memudahkan orang ramai menderma.
Selain itu, talian amal bagi menderma $50 (1900-112-9050) dan $10 (1900-112-9010) juga disediakan.