Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Desmond: Usaha 4PM selaras usaha pemerintah perkasa keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond: Usaha 4PM selaras usaha pemerintah perkasa keluarga

Jumlah keluarga penerima bantuan 4PM naik 20% kepada 580, sebahagian besar ada anak bersekolah
Mar 29, 2024 | 07:00 PM



Program pembangunan keluarga yang dijalankan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) bukan memberi bantuan sosial sahaja, malah bertujuan memperkasa keluarga, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Ini selaras dengan cara pemerintah melangkaui bantuan sosial untuk memperkasa keluarga agar mereka boleh memperbaiki keadaan mereka dan mencapai kemandirian, kestabilan dan mobiliti sosial, tambah beliau.

Encik Lee memberi contoh skim pemerintah ComLink+, yang antara lain bertujuan membantu keluarga menjadi lebih berdikari.

Beliau berkata demikian semasa berucap di acara pengagihan habuan Roda-Roda Ramadan (ROW) yang dianjurkan oleh 4PM pada 29 Mac.

Jumlah benefisiari, atau penerima bantuan, 4PM meningkat 20 peratus daripada bilangan 2023 kepada 580 keluarga pada 2024, kata 4PM dalam kenyataannya.

Ini adalah jumlah penerima bantuan tertinggi sejak ROW dimulakan pada 2001. Menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap 4PM berkata $200,000 diperuntuk bagi pengagihan kepada benefisiari sempena Ramadan.


Sebanyak 70 peratus daripada keluarga yang menerima bantuan itu mempunyai anak bersekolah.

Mengulas mengenai statistik itu, Encik Lee berkata ia adalah bukti tentang usaha berterusan yang dijalankan 4PM untuk membantu lebih ramai keluarga.

ROW adalah usaha menghantar makanan kepada keluarga susah dan warga emas sepanjang Ramadan yang dilakukan oleh tenaga kerja relawan.

Ia sebahagian daripada program 4PM untuk membangunkan dan memperkasa keluarga.

Pada acara pengagihan itu, Encik Lee sama-sama turun padang membantu mengagihkan habuan Ramadan kepada 150 keluarga.

Selain hamper Ramadan bernilai $50, setiap keluarga menerima baucar barangan runcit bernilai $300.

Lagi 400 keluarga pula menerima baucar dan hamper Ramadan di rumah masing-masing pada hari yang sama.

Habuan itu diagih oleh tenaga relawan.

Dalam pada itu, 4PM juga mengadakan acara sampingan pada 29 Mac di mana relawannya berperanan sebagai pendamping dan membawa 254 keluarga, termasuk warga emas yang tinggal sendirian, membeli-belah di pasar raya Sheng Siong di Clementi, Marsiling dan Bedok North.

Dalam ucapannya, Encik Lee menekan juga peranan penting yang didukung relawan untuk menjayakan usaha bagi masyarakat.

Menurut beliau, 2024 diperuntuk sebagai Tahun Meraikan Sukarelawan, di mana sumbangan relawan diiktiraf dan diraikan.

Warees Investment, cabang pelaburan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), turut menjayakan ROW buat julung-julung kali tahun ini, termasuk menyokong tenaga relawan.

Hampir 70 kakitangan dan ahli keluarga mereka menyumbang tenaga, termasuk menyampaikan hamper kepada benefisiari 4PM.

Pengurus Pembangunan Korporat Warees Investments, Encik Zaki Masturi, berkata haluan 4PM selaras dengan matlamat Warees Investments, yang antara lain ialah memberi tumpuan pada pelajar serta pemuda dan pemudi.

“Saya berharap pelibatan kami tahun ini membuka laluan untuk Warees Investments terus bekerjasama dengan 4PM,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >