Dewi kumpul $8,000 bagi RKM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dewi kumpul $8,000 bagi RKM

May 8, 2021 | 5:30 AM

Dewi kumpul $8,000 bagi RKM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SEBAR KECERIAAN: Pengerusi Dewi@SMCCI, Cik Fadilah Majid (kanan) memberi duit Raya kepada Cik Rubiah, yang akan diagihkan kepada penghuni RKM. - Foto DEWI@SMCCI
SEBAR KECERIAAN: Pengerusi Dewi@SMCCI, Cik Fadilah Majid (kanan) memberi duit Raya kepada Cik Rubiah, yang akan diagihkan kepada penghuni RKM. - Foto DEWI@SMCCI -

SEMPENA Hari Raya yang bakal menjelang, sayap wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewi@SMCCI telah mengumpulkan $8,000 bagi Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM).

Di samping itu, mereka telah menghadiahkan sebanyak 40 kotak biskut Hari Raya yang dihasilkan anggota Dewi@SMCCI serta duit Raya sebanyak $150 kepada penerima bantuan RKM.

Inisiatif tahunan ini dijayakan dengan pengumpulan dana dalam kalangan ahli Dewi@SMCCI serta anggota DPPMS.

Duit yang disumbang akan digunakan untuk membiayai program dan kegiatan RKM, lantas mempersiapkan penerima bantuan untuk masa depan yang lebih baik, menurut kenyataan yang dikeluarkan DPPMS Selasa lalu.

Berusia antara 10 tahun dengan 18 tahun, kira-kira 35 hingga 40 budak lelaki kini berada di rumah kebajikan itu.

Pengarah Sumber dan Komunikasi Korporat RKM, Cik Rubiah Abdul Latip, melahirkan penghargaan atas usaha Dewi@SMCCI dan berkata ia membawa kegembiraan kepada penghuni RKM.

Inisiatif itu juga akan membawa lebih banyak peluang bagi kerjasama pada masa depan, seperti potensi untuk adakan program keusahawanan untuk penghuni RKM.

Nasib pengerusi Dewi@SMCCI, Cik Rosnah Mohd Din, berkata:

"Kami berharap jumlah yang dikumpulkan itu akan mampu membantu RKM dan melakarkan program serta kegiatan sesuai bagi budak-budak lelaki itu."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg