Di balik tirai besi: Proses kemasukan penjara lengkap dengan teknologi canggih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Di balik tirai besi: Proses kemasukan penjara lengkap dengan teknologi canggih

Jan 22, 2026 | 12:46 AM

Di balik tirai besi: Proses kemasukan penjara lengkap dengan teknologi canggih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Proses kemasukan banduan ke Kompleks Penjara Changi (CPC) bermula selepas tahanan mengakhiri perbicaraan di Mahkamah Negara. Mereka akan ditahan buat sementara di Lokap Mahkamah Negara (SCLU).
Proses kemasukan banduan ke Kompleks Penjara Changi (CPC) bermula selepas tahanan mengakhiri perbicaraan di Mahkamah Negara. Mereka akan ditahan buat sementara di Lokap Mahkamah Negara (SCLU). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Anda mungkin tertanya-tanya mengenai bagaimana proses kemasukan banduan ke Kompleks Penjara Changi (CPC) selepas hukuman dijatuhkan.

Proses ini melibatkan beberapa langkah.

Selain daripada pemeriksaan badan, pemeriksaan kesihatan dan urusan pentadbiran, proses kemasukan ke penjara yang bermula dari Lokap Mahkamah Negara (SCLU) juga menerapkan penggunaan teknologi canggih.

Ini membantu prosedur agar lebih teliti. Justeru itu, ia bermula sejurus tahanan menjalani perbicaraan di Mahkamah Negara. Tahanan akan ditahan di SCLU buat sementara dan tidak melebihi dua hari.

Kemudian, tahanan akan dipindahkan ke CPC untuk menjalani hukumannya.

Berita Harian (BH) berpeluang menelusuri keseluruhan proses kemasukan banduan ke penjara melalui satu simulasi oleh Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Selepas perbicaraan mahkamah, para pegawai pasukan Operasi Luar Penjara (PEO) akan menggari tahanan dan bertanyakan beberapa maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan sebarang masalah kesihatan. Ini demi memastikan para pegawai mengurus tahanan yang tepat. Para pegawai juga akan mengesahkan jenis hukuman yang diterima tahanan dan sama ada tahanan mahu membayar saman atau tidak.
Selepas perbicaraan mahkamah, para pegawai pasukan Operasi Luar Penjara (PEO) akan menggari tahanan dan bertanyakan beberapa maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan sebarang masalah kesihatan. Ini demi memastikan para pegawai mengurus tahanan yang tepat. Para pegawai juga akan mengesahkan jenis hukuman yang diterima tahanan dan sama ada tahanan mahu membayar saman atau tidak. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Tahanan melakukan prapendaftaran di sini, di mana gambarnya akan diambil sebelum menyerahkan barangan peribadi. Tahanan juga akan diperiksa badannya untuk memastikan tiada barang yang disimpan dan tidak diserahkan.
Tahanan melakukan prapendaftaran di sini, di mana gambarnya akan diambil sebelum menyerahkan barangan peribadi. Tahanan juga akan diperiksa badannya untuk memastikan tiada barang yang disimpan dan tidak diserahkan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Plastik polimer disediakan buat tahanan menyimpan barangan peribadi sebelum dimasukkan dalam loker.
Plastik polimer disediakan buat tahanan menyimpan barangan peribadi sebelum dimasukkan dalam loker. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Tahanan akan menyimpan barangan mereka dalam loker biometrik. Hanya tahanan sahaja yang mempunyai akses kepada loker ini melalui pengesanan cap jari mereka. Loker biometrik ini merupakan salah satu teknologi yang digunakan di SCLU.
Tahanan akan menyimpan barangan mereka dalam loker biometrik. Hanya tahanan sahaja yang mempunyai akses kepada loker ini melalui pengesanan cap jari mereka. Loker biometrik ini merupakan salah satu teknologi yang digunakan di SCLU. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Tahanan dibawa ke sebuah bilik untuk menukar pakaiannya ke seragam penjara. Pada masa yang sama, pegawai penjara juga akan melakukan pemeriksaan badan yang lebih menyeluruh untuk memastikan tiada barang yang disembunyikan.
Tahanan dibawa ke sebuah bilik untuk menukar pakaiannya ke seragam penjara. Pada masa yang sama, pegawai penjara juga akan melakukan pemeriksaan badan yang lebih menyeluruh untuk memastikan tiada barang yang disembunyikan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Tahanan akan ditempatkan dalam sel sementara sebelum dipindahkan ke Kompleks Penjara Changi. Di sini, tahanan boleh membuat panggilan telefon kepada nombor yang telah didaftarkan di bilik pengurusan tadi. Sistem telefon di SCLU ini merupakan antara teknologi baru yang diperkenalkan sejak 2022.
Tahanan akan ditempatkan dalam sel sementara sebelum dipindahkan ke Kompleks Penjara Changi. Di sini, tahanan boleh membuat panggilan telefon kepada nombor yang telah didaftarkan di bilik pengurusan tadi. Sistem telefon di SCLU ini merupakan antara teknologi baru yang diperkenalkan sejak 2022. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Tidak melebihi dua hari di SCLU, tahanan akan dipindahkan ke Kompleks Penjara Changi (CPC) dengan menaiki bas penjara, Black Maria.
Tidak melebihi dua hari di SCLU, tahanan akan dipindahkan ke Kompleks Penjara Changi (CPC) dengan menaiki bas penjara, Black Maria. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Seekor anjing pengesan akan menghidu banduan untuk mengesan sebarang barang terlarang atau kontraban yang disorokkan.
Seekor anjing pengesan akan menghidu banduan untuk mengesan sebarang barang terlarang atau kontraban yang disorokkan. - Foto ST
Banduan itu juga akan melalui mesin X-ray untuk mengesan jika dia menyimpan apa-apa barang dalam rongga badan.
Banduan itu juga akan melalui mesin X-ray untuk mengesan jika dia menyimpan apa-apa barang dalam rongga badan. - Foto ST
Pegawai perubatan penjara akan membuat pemeriksaan kesihatan bagi banduan. Pegawai perubatan penjara tersebut mempunyai akses kepada rekod kesihatan banduan melalui Sistem Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan (NEHR). Banduan yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan pemerhatian khusus akan ditempatkan di wad perubatan di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi.
Pegawai perubatan penjara akan membuat pemeriksaan kesihatan bagi banduan. Pegawai perubatan penjara tersebut mempunyai akses kepada rekod kesihatan banduan melalui Sistem Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan (NEHR). Banduan yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan pemerhatian khusus akan ditempatkan di wad perubatan di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi. - Foto ST
Selepas selesai langkah-langkah sedemikian, banduan akan dibawa ke Unit Pembetulan.
Selepas selesai langkah-langkah sedemikian, banduan akan dibawa ke Unit Pembetulan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg