SPH Logo mobile
Langgan|

“Dia bukan wife material, hanya girlfriend material sahaja!”

“Dia bukan wife material, hanya girlfriend material sahaja!”

Jan 16, 2024 | 5:30 AM

“Dia bukan wife material, hanya girlfriend material sahaja!”

FAHAMI LINGO SEKARANG: Dalam ruangan GenKini Berita Harian, Tio dan Tia membantu orang ramai untuk memahami lingo anak muda sekarang. 
FAHAMI LINGO SEKARANG: Dalam ruangan GenKini Berita Harian, Tio dan Tia membantu orang ramai untuk memahami lingo anak muda sekarang.  - Grafik BH oleh MOHD SAMAD AFANDIE

Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.

Dalam siri realiti yang popular, ‘Singles Inferno’, seorang peserta pernah membuat perbandingan antara dua wanita dengan menyatakan salah satu sebagai ‘wife material’ dan yang lain sebagai ‘girlfriend material’. Topik ini agak kontroversial kerana sering kali penilaian semacam itu dianggap tidak baik. Walau bagaimanapun, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan kedua istilah tersebut:

Frasa: [Wife Material]; kata adjektif

Biasanya merujuk kepada seseorang yang dianggap memiliki sifat-sifat yang dianggap penting untuk menjadi pasangan hidup atau isteri. Ini termasuk kestabilan emosi, kepimpinan, kemampuan menguruskan rumah tangga, dan kebolehan untuk menjaga keluarga.

Frasa: [Girlfriend Material]; kata adjektif

Merujuk kepada seseorang yang dianggap cocok sebagai pasangan kekasih atau teman wanita kerana serasi, tetapi mungkin belum memenuhi sepenuhnya kriteria untuk menjadi pasangan hidup.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg