Usaha ke arah meningkatkan kesedaran tentang konflik Israel-Palestin perlu melibatkan kedua-dua masyarakat Islam dan bukan Islam, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Menjelaskan pandangan beliau sewaktu perbincangan podcast #NoTapis Berita Harian (BH) mengenai konflik Israel-Palestin baru-baru ini, Encik Zhulkarnain berkata sebagai sebuah negara yang menitikberatkan keamanan dan perpaduan kaum serta agama, meningkatkan kesedaran ini amat penting bagi memastikan perpaduan sosial di sini dapat dikekalkan.