Topic followed successfully
Go to BHkuDiberi tugas kendali ragbi Asia Lebaran buka 'kerjaya baru'
Premium
Diberi tugas kendali ragbi Asia Lebaran buka 'kerjaya baru'
Aug 1, 2014 | 6:00 AM
Diberi tugas kendali ragbi Asia Lebaran buka 'kerjaya baru'
REZEKI BARU DI AIDILFITRI: Sambil sibuk membuat persiapan bagi Hari Raya, Encik Ridzal, yang bersama isteri, Cik Norliza Hussin, dan dua anak mereka, Nadia Farhana (kanan) dan Nurul Iman, tidak sabar mahu kembali menyumbang kepada sukan ragbi melalui tugasnya sebagai pengurus khidmat ragbi bagi Asia bersama Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). - Foto TAUFIK A. KADER -
SEORANG anak Melayu Singapura telah diberi kepercayaan membantu merancakkan lagi pembangunan sukan ragbi di sekitar 30 negara Asia, termasuk Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Encik Mohamed Ridzal Mohamed Saat telah dilantik oleh Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB) sebagai pengurus khidmat ragbinya bagi Asia setelah beliau diburu sebuah firma pencari eksekutif bagi jawatan itu.

