Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Didakwa lemaskan bayi tiga bulan dengan bantal hingga mati

May 5, 2023 | 5:30 AM
MUSTAQIM ROSLI: Dituduh menyebabkan kematian Nur Misha Syaifa Mustaqim dalam sebuah flat di Blok 447A, Bukit Batok West Avenue 9 pada 3 Disember 2022.
MUSTAQIM ROSLI: Dituduh menyebabkan kematian Nur Misha Syaifa Mustaqim dalam sebuah flat di Blok 447A, Bukit Batok West Avenue 9 pada 3 Disember 2022. -

SEORANG lelaki berusia 31 tahun hadir di mahkamah daerah pada Khamis berhubung tuduhan dia menggunakan bantal untuk menekap ke muka seorang bayi perempuan berusia tiga bulan hingga membawa maut.

Mustaqim Rosli dituduh melakukan kesalahan itu ke atas Nur Misha Syaifa Mustaqim dalam flat di Blok 447A, Bukit Batok West Avenue 9 sejurus sebelum 1 pagi pada 3 Disember 2022, lapor akhbar The Straits Times.

Dia didakwa pada 5 Disember 2022 bagi kesalahan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak bawah usia 14 tahun dalam isi rumah sama.

Pada asalnya, kes itu dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi, tetapi ia sekarang dibicarakan di Mahkamah Negara.

Jika sabit kesalahan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia bawah 14 tahun dalam isi rumah sama, dia boleh dipenjara hingga 20 tahun dan didenda atau disebat.

Kes Mustaqim ditangguhkan ke 1 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg