SPH Logo mobile
Langgan|

Didicazli kongsi kisah ‘Rindu Kasih’ di Warna 942

Didicazli kongsi kisah ‘Rindu Kasih’ di Warna 942

Apr 9, 2024 | 5:30 AM

Didicazli kongsi kisah ‘Rindu Kasih’ di Warna 942

DIDICAZLI
DIDICAZLI - Foto BH oleh KHALID BABA

Segmen Tamu Warna Vista pada 8 April yang dikendalikan deejay Warna 942, Aura Shai, turut mengetengahkan wawancara bersama Pengarah Eksekutif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Didicazli, tentang lagu Rindu Kasih yang dijadikan runut bunyi filem pendek Berita Harian, Pesan Mama.

Kata Didicazli: “Apabila saya diberikan skrip video (filem pendek), (jalan ceritanya) terasa menyayat hati. Ia adalah filem pendek yang membawa makna mendalam.”

Rindu Kasih juga merupakan lagu terkini Didicazli sejak Dambaan Cinta pada 2021.

Beliau menambah: “Saya terharu dengan komen yang diterima. Walaupun sudah lama saya tidak menyumbang suara dalam bidang nyanyian dan rakaman, saya mendapat sokongan kuat untuk lagu baru ini.”

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg