KAJIAN mendapati minda seorang bayi boleh melihat perbezaan berdasarkan kaum seawal enam bulan dan akan membentuk sikap berat sebelah berdasarkan perbezaan itu atau racial bias pada usia dua hingga empat tahun.

Justeru, peranan ibu bapa dalam membentuk cara anak-anak berfikir dan memberikan respons terhadap kepelbagaian penting dan ia harus dimulakan awal.