Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dijel 5 bulan kerana tolak cuti sakit, ujian swab Covid-19

Jan 19, 2022 | 5:30 AM
SUASANA RAMAI: Walaupun ramai mengunjungi Pasar Geylang Serai, pelanggan hanya membeli apa yang diperlukan bagi persiapan awal Ramadan disebabkan keadaan inflasi yang terus naik. - Foto BH oleh DAHLIA ZULKIFLI
SUASANA RAMAI: Walaupun ramai mengunjungi Pasar Geylang Serai, pelanggan hanya membeli apa yang diperlukan bagi persiapan awal Ramadan disebabkan keadaan inflasi yang terus naik. - Foto BH oleh DAHLIA ZULKIFLI -

SEORANG teknisyen kawalan serangga yang batuk selama tiga minggu disyaki dijangkiti Covid-19 dan diberitahu supaya mengambil ujian swab dan jangan keluar rumah.

Namun, dia terus bekerja kerana tidak mahu kehilangan insentif kerja bulanan sebanyak $100 dan mengunjungi beberapa lokasi, selain makan tengah hari bersama rakan sekerjanya.

Semalam, A. Rahim M. Taha, 59 tahun, mengaku bersalah bagi satu tuduhan melanggar peraturan Covid-19 dan dihukum penjara lima bulan.

Mahkamah diberitahu bahawa warga Singapura itu bekerja sebagai teknisyen kawalan serangga bersama Verminator dan merupakan seorang penyelia kumpulan.

Dia sering memandu bersama dua rakan kerjanya ke lokasi di bahagian timur Singapura untuk melakukan khidmat kawal serangga, seperti mengawal tikus dan infestasi nyamuk.

Rahim mendapat sekitar $1,500 sebulan dan akan menerima insentif tambahan $100 jika datang kerja tepat pada waktunya dan tidak mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit sepanjang bulan.

Pada 5 Oktober 2020, dia pergi ke Poliklinik Yishun selepas batuk selama tiga minggu.

Rahim pada awalnya bersetuju melakukan pemeriksaan X-ray dan ujian swab Covid-19, tetapi kemudian mengubah fikiran selepas diberitahu dia akan diberi cuti sakit sementara dia menunggu hasil ujian itu.

"Apabila mendengarnya, (Rahim memberitahu jururawat) dia tidak mahu dikenakan ujian swab kerana tidak mahu diberi cuti sakit dan mahu ke kerja," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zhou Yang.

Doktor menjelaskan kepada Rahim bahawa dia mempunyai simtom jangkitan saluran pernafasan dan diperlukan di bawah undang-undang menjalani ujian swab Covid-19 dan dikenakan cuti sakit tiga hari sementara menunggu hasil ujian.

Oleh kerana mendedahkan orang lain kepada risiko penyakit, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda $10,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg