Topik diikuti
Pergi ke BHkuDijel 7 bulan dek kelar lelaki yang mati dalam insiden berasingan
Dijel 7 bulan dek kelar lelaki yang mati dalam insiden berasingan
Dijel 7 bulan dek kelar lelaki yang mati dalam insiden berasingan
KHUATIR DIDAKWA: Ong Boon Sim melarikan diri ke Johor Bahru setelah mendapat tahu lelaki yang dikelar dengan menggunakan pisau bermata lebar pada 2 Jun 2002 mati ditikam dalam insiden berlainan pada malam yang sama. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 30, 2018 | 5:30 AM
SEORANG lelaki yang mengelar mangsanya dengan pisau mata lebar pada 2002 melarikan diri ke Johor Bahru apabila dia mengetahui mangsa - seorang lelaki muda - telah meninggal dunia menyusuli satu kejadian menikam berasingan pada malam yang sama.
Rakyat Singapura Ong Boon Sim khuatir akan adanya serangan tindak balas dan bimbang dia akan didakwa kerana menyebabkan kematian Encik Low Yam Heng.