Dipenjara 20 bulan guna akaun bank untuk terima wang hasil jenayah
Premium
Dipenjara 20 bulan guna akaun bank untuk terima wang hasil jenayah
Aug 13, 2020 | 5:30 AM
TERIMA AMARAN DARIPADA CAD BERULANG KALI: Ng Koon Lay telah menerima wang yang jumlahnya boleh mencapai setinggi AS$88,000 ($118,360), yang didapati merupakan hasil jenayah daripada pelbagai penipuan. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW -
SEORANG wanita berusia 64 tahun menggunakan akaun banknya untuk menerima wang daripada orang yang tidak dikenalinya walaupun telah menerima amaran berulang kali daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) agar tidak melakukannya.
Wang itu, yang jumlahnya boleh mencapai setinggi AS$88,000 ($118,360), didapati merupakan hasil perbuatan jenayah daripada pelbagai penipuan.

