SEORANG lelaki berusia 20 tahun, yang berulang kali melakukan serangan seks sewaktu berusia antara 15 dengan 18 tahun terhadap 19 budak perempuan dan wanita muda, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun dan rotan 24 kali pada Jumaat (12 Jun). Menurut laporan The Straits Times (ST), Muhammad Anddy Faizul Mohamed Eskah telah berkawan dengan mangsanya menerusi dalam talian dan turut berjaya mengumpul gambar dan video yang mencabul maruah mereka.
Dia kemudian menggunakan foto dan video itu sebagai ancaman terhadap mangsanya untuk memaksa mereka mematuhinya,
Kebanyakan mangsa merupakan golongan bawah umur, dengan salah seorang hamil akibat perbuatannya hingga melahirkan seorang anak perempuan.
Hakim Mahkamah Tinggi pada Jumaat berkata kes itu merupakan antara kes "paling mengejutkan dan mengerikan," yang pernah didengar di mahkamah.
Pelajar Institut Pendidikan Teknikal College East itu turut menyamar sebagai seorang yang ingin menggajikan pelayan sosial dan sebagai seorang klien menipu mangsa yang tidak menyedari helahnya untuk melakukan serangan seks terhadap mereka.
Sembilan antara mangsanya dirogol, diliwat dan dipaksa melakukan seks oral di beberapa tempat termasuk flatnya di Bedok North, tempat tangga, dan di dalam bilik mencuba pakaian sebuah kedai serbaneka.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg