Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diskaun, promosi bagi anggota NS SAF, HomeTeam

Jun 29, 2019 | 3:22 PM
PENGHARGAAN BAGI NSMEN: Tangkap layar daripada video 'We Support NS' ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pertahanan merakamkan penghargaan kepada NSmen daripada SAF dan Home Team.
PENGHARGAAN BAGI NSMEN: Tangkap layar daripada video 'We Support NS' ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pertahanan merakamkan penghargaan kepada NSmen daripada SAF dan Home Team. - Foto Facebook/Mindef

SEMUA anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dahulu dan sekarang boleh menikmati pelbagai diskaun dan promosi di pusat beli-belah, restoran, pusat penjaja dan tarikan di serata negara mulai Isnin (1 Julai).

Ini termasuk potongan harga sehingga 50 peratus bagi seluar jeans Levi's dan harga istimewa $79 bagi 10 tiket wayang di WE Cinemas berbanding $125 biasanya.

Mereka merupakan antara 200 peruncit dan syarikat yang menyertai daya usaha itu bagi merakamkan penghargaan kepada semua NSmen daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team, sempena Hari SAF Isnin ini.

Orang ramai boleh lungsuri laman web www.mindef.gov.sg/WeSupportNS bagi senarai penuh promosi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg