Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diskaun sehingga 70% di Metro sempena ulang tahun ke-65

Mar 18, 2022 | 5:30 AM
PERTEMUAN MUHIBAH: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (duduk, tengah) , bersama para pemimpin Pakatan Harapan Sabah yang lain dalam satu majlis makan malam pada Khamis (5 Jan). - Foto HAJIJI NOOR / FACEBOOK
PERTEMUAN MUHIBAH: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (duduk, tengah) , bersama para pemimpin Pakatan Harapan Sabah yang lain dalam satu majlis makan malam pada Khamis (5 Jan). - Foto HAJIJI NOOR / FACEBOOK -

SEMPENA ulang tahun Metro yang ke-65 tahun ini, syarikat itu mengadakan pelbagai promosi untuk pelanggan.

Antaranya adalah diskaun sehingga 70 peratus bagi barangan linen katil dan tuala yang berharga biasa.

Orang ramai juga boleh menikmati potongan $30 dengan pembelian $180 dalam satu resit.

Promosi ini diadakan sehingga 20 Mac di kedai fizikal di Paragon dan Causeway Point, di laman web Metro, serta wadah Metro di LazMall dan Shopee Mall.

Menyingkap perjalanan syarikat kelahiran Singapura ini, Metro bermula sebagai sebuah kedai tekstil yang diasaskan oleh Encik Ong Tjoe Kim pada 1957, apabila ia dibuka di 72 High Street dalam sebuah rumah kedai dua tingkat.

Kedai seluas 250 meter persegi itu dikenali bagi kepelbagaian fabriknya untuk dijadikan pakaian tradisional seperti sarung kebaya dan ceongsam.

Pada 1960-an, Metro menyasarkan suri rumah setempat dan Indonesia untuk mengembangkan perniagaannya sedang gedung serbaneka lain seperti Robinsons memenuhi keperluan ekspatriat Britain dan sebahagian warga setempat.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu turut memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaburan hartanah dalam suasana industri runcit yang amat tidak menentu.

Ini dapat dilihat menerusi penutupan cawangan fizikal bagi jenama seperti Robinsons sehingga menyebabkannya beroperasi sebagai kedai dalam talian.

Kini, Metro meluaskan jangkauannya menembusi pasaran antarabangsa sejauh Malaysia, Indonesia, Australia, China dan Britain.

Selain sektor runcit, perniagaan Metro turut melibatkan sektor pembangunan hartanah, pembinaan, kegiatan sosial, pemasaran dan pengedaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg