Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Disyaki pandu dalam keadaan mabuk: Lelaki diberkas selepas kemalangan libatkan Maserati

Feb 5, 2023 | 7:11 PM
Lelaki 42 tahun telah diberkas kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta mewah Maserati melanggar sebuah kereta Mercedes.
Lelaki 42 tahun telah diberkas kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta mewah Maserati melanggar sebuah kereta Mercedes. - SG ROAD VIGILANTE/YOUTUBE

Seorang lelaki, 42 tahun, telah diberkas kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta mewah Maserati melanggar sebuah kereta Mercedes semalam hingga menyebabkan kecederaan ringan.

Kejadian itu dilapor berlaku dekat pusat beli-belah Great World.

Lelaki ditangkap itu dipercayai adalah pemandu kereta Maserati GranTurismo itu.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, polis berkata ia menerima panggilan mengenai satu kemalangan pada 7.43 malam melibatkan dua kereta di Kim Seng Road menuju ke Outram Road.

Dalam satu video yang memberi gambaran sesudah kemalangan itu, diterbit di laman SG Road Vigilante, kereta Mercedes berwarna gelap itu kelihatan hampir terbalik selepas ternaik bebendul jalan raya di luar Great World.

Sementara itu, kereta Maserati berwarna putih itu berada di belakangnya dengan bahagian depannya kelihatan rosak.

Dua penumpang berusia 38 tahun dan enam tahun menolak tawaran untuk dibawa ke hospital, menurut polis.

Difahamkan mereka merupakan penumpang kereta Mercedes itu.

Salah seorang penumpang didapati mengalami kecederaan ringan kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg