Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Djamal Tukimin ingin anjurkan perhimpunan buat teman sasterawan

Oct 25, 2017 | 5:10 PM
SUMBANGAN DIIKTIRAF: Encik Djamal Tukimin (empat dari kiri) disampaikan Presiden Halimah Yacob (lima dari kiri) dengan Pingat Budaya, Majlis Seni Kebangsaaan (NAC) di Istana kelmarin. Bersama mereka ialah (barisan pertama, dari kiri) CEO NAC, Cik Rosa Daniel; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Yeoh Chee Yan, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, pemenang Pingat Budaya, Encik Law Wai Lun, Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng, pengerusi NAC, Cik Chan Heng Chee, (barisan belakang, dari kiri) empat pemenang Anugerah Seniman Muda,Encik Joshua Ip, Cik Yarra Ileto, Encik Kahchun Wong dan Encik Kray Chen. - Foto MAJLIS SENI KEBANGSAAN (NAC)
SUMBANGAN DIIKTIRAF: Encik Djamal Tukimin (empat dari kiri) disampaikan Presiden Halimah Yacob (lima dari kiri) dengan Pingat Budaya, Majlis Seni Kebangsaaan (NAC) di Istana kelmarin. Bersama mereka ialah (barisan pertama, dari kiri) CEO NAC, Cik Rosa Daniel; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Yeoh Chee Yan, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, pemenang Pingat Budaya, Encik Law Wai Lun, Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng, pengerusi NAC, Cik Chan Heng Chee, (barisan belakang, dari kiri) empat pemenang Anugerah Seniman Muda,Encik Joshua Ip, Cik Yarra Ileto, Encik Kahchun Wong dan Encik Kray Chen. - Foto MAJLIS SENI KEBANGSAAN (NAC) -

KECEMERLANGAN sumbangan sasterawan Encik Djamal Tukimin selama 54 tahun diiktiraf dengan Pingat Budaya, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), yang disampaikan Presiden Halimah Yacob di Istana kelmarin.

Encik Djamal, 71 tahun, yang gigih menulis cerpen, novel, puisi, esei kritikan teater dan naskhah pentas, juga dikenali sebagai pengarkib bahan bersejarah tentang Dunia Melayu dan Islam.

Sebagai ganjaran anugerah tertinggi NAC itu, beliau menerima geran sehingga $80,000 bagi menyokong projek pembangunan seni buat masyarakat atau dirinya yang sejajar dengan ketetapan NAC.

"Dengan geran itu, saya bercadang menganjurkan perhimpunan buat teman-teman sasterawan yang memberi impak terhadap perjalanan kesusasteraan saya sempena ulang tahun ke-55 saya dalam bidang ini.

"Ada lapan lagi karya saya yang belum dibukukan ingin diusahakan termasuk kompilasi kisah tokoh kesenian Melayu daripada serata dunia," kata Encik Djamal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg