Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Doa Editor BH untuk Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doa Editor BH untuk Gaza

Mar 14, 2024 | 08:30 PM



Semasa menyampaikan ucapannya, Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar, turut memimpin doa bagi mangsa perang di Gaza ketika majlis iftar dengan kanak-kanak Rumah Kebajikan Muhammadiyah di Village Hotel Bugis. Berikut adalah doanya:


Ya Allah, dalam dakapan Ramadan yang penuh rahmah ini, kami menadah tangan memohon kepadamu agar melindungi insan-insan yang sedang menghadapi musibah di mana-mana mereka berada.

Ya Allah, bantulah kaum Muslimin dan Muslimat di Gaza. Hentikanlah kegelisahan dan penderitaan mereka. Dengarlah rintihan hati mereka yang sedang lara.

Ya Allah, suburkanlah bumi Palestin dengan benih-benih keselamatan dan keamanan. Hiasi kamar hidup penghuninya dengan renda-renda kebahagiaan. Sirami hati insan dengan embun-embun kerahmatan.

Ya Allah, berikanlah jalan keluar kepada konflik yang sedang melanda. Hentikanlah porak-peranda yang sedang berleluasa. Semoga nilai-nilai kewarasan dan kemanusiaan menjadi perhitungan utama.

Ya Allah, janganlah biarkan timbunan batu bata menjadi persinggahan yang abadi. Jangan biarkan lapar dahaga menjadi sajian insani. Jangan biarkan kehancuran menjadi sembilu yang menghiris hati.

Ya Allah, redakanlah pertumpahan darah di Gaza yang menyeksa. Hentikanlah curahan air mata yang mengalir tiada hentinya. Lenyapkanlah penderitaan yang tidak terkira.

Ya Allah, semaikanlah sinar harapan agar menerangi makam derita. Leraikanlah kemelut yang meruntun jiwa. Kurniakanlah kekuatan agar rakyatnya dapat bertahan dan bangkit semula.

Ya Allah, tabahkanlah hati insan-insan di Gaza yang dibelenggu kesedihan. Selamatkanlah anak-anak yang tiada lagi perlindungan. Berilah kekuatan kepada ibu-ibu yang merintih dalam kesepian.

Ya Allah, lindungilah anak-anak yang belum puas meneguk kasih sayang ibu sepenuhnya. Kasihanilah mereka yang ditinggalkan sebatang kara, mendamba kasih sayang ibu dan ayah yang tidak lagi bersama. Cekalkan hati ibu dan ayah yang meratapi kehilangan anak tersayang buat selamanya.

Ya Allah, jangan biarkan Gaza merintih lagi.
Ya Allah, jangan biarkan ibu-ibu meratap lagi.
Ya Allah, jangan biarkan anak-anak terus-menerus menangis lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >