Topik diikuti
Pergi ke BHkuDoktor beri perkripsi ubat batuk secara berlebihan didenda $25,000, amalan digantung 3 tahun
Doktor beri perkripsi ubat batuk secara berlebihan didenda $25,000, amalan digantung 3 tahun
Doktor beri perkripsi ubat batuk secara berlebihan didenda $25,000, amalan digantung 3 tahun
SEORANG doktor telah digantung amalannya selama tiga tahun dan didenda sebanyak $25,000 kerana telah memberi preskripsi ubat batuk yang mengandungi codeine secara berlebihan kepada 10 pesakit.
Ini merupakan kesalahan kedua bagi Dr Andrew Tang Yen Ho yang bertugas di Tang Medican & Surgery di Blok 8, Jalan Batu, lapor The Straits Times (ST).
Pada Mei 2013, Majlis Perubatan Singapura (SMC) telah menggantungkan amalan perubatan Dr Tang selama enam bulan bagi kesalahan serupa.
Dia yang juga telah didenda sebanyak $10,000 telah berjanji pada ketika itu bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Namun pada 2015, setelah Kementerian Kesihatan mengaudit rekod perubatan di klinik Dr Tang, pihak itu amat berprihatin terhadap preskripsi ubat batuk yang mengandungi codeine.
