Premium
Doktor pun terjejas...
Doktor, doktor gigi dapati jumlah pesakit di klinik merosot sehingga 90 peratus; ramai teruskan khidmat dengan amalkan jarak selamat, manfaat teknologi
May 10, 2020 | 5:30 AM
SEKATAN pemutus litar di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini bukan hanya menjejaskan perniagaan, malah ia turut menjejas bilangan pesakit doktor serta doktor gigi setempat.
Bahkan beberapa doktor dan doktor gigi yang dihubungi Berita Minggu (BM) berkata jumlah pesakit yang mengunjungi klinik mereka merosot sehingga 90 peratus sejak sekatan pemutus litar dikuatkuasa.

