Premium
Dorongan bagi prasekolah dan Negara Bijak
PM Lee turut tekankan pentingnya perangi kencing manis
Aug 21, 2017 | 5:30 AM
KEPENTINGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH: Encik Lee berkata sistem prasekolah baik membolehkan setiap pelajar bersaing secara adil dalam sistem meritokrasi Singapura dan setiap warga boleh menikmati hasil kemajuan negara ini. - Foto JOHARI RAHMAT -
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam memberi tumpuan pada tiga isu jangka panjang dengan membentangkan inisiatif serta langkah yang akan diambil bagi merangsang pendidikan prasekolah, membangunkan negara bijak dan memerangi penyakit kencing manis.
Ini termasuk membangunkan sebuah institut bagi melatih guru dan pembimbing prasekolah bagi membangunkan sebuah sistem prasekolah kukuh.

