Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng: Luaskan ruang bersama

Oct 11, 2019 | 9:00 PM
PERTAHAN KEHARMONIAN KAUM: Sekumpulan murid Sekolah Rendah Westwood bergambar bersama sempena Hari Keharmonian Kaum pada Julai lalu. Dalam ucapannya di Anugerah Jauhari 2019, Encik Heng menekankan lagi peri penting terus memupuk dan melindungi keharmonian kaum dan agama di Singapura.
PERTAHAN KEHARMONIAN KAUM: Sekumpulan murid Sekolah Rendah Westwood bergambar bersama sempena Hari Keharmonian Kaum pada Julai lalu. Dalam ucapannya di Anugerah Jauhari 2019, Encik Heng menekankan lagi peri penting terus memupuk dan melindungi keharmonian kaum dan agama di Singapura. - FAIL ST

SEDANG banyak masyarakat di dunia kini retak dek perbezaan politik, agama dan kaum, Singapura perlu terus menggalakkan rakyatnya untuk memupuk ruang bersama dan melindungi keharmonian agama.

Menyatakan demikian, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata negara ini tidak harus membiarkan perbezaan sedemikian untuk menguraikan ikatan sosial yang dijalin sejak sekian lama.

"Sedang masyarakat kita menjadi lebih rencam, kita harus meluaskan ruang bersama kita, dan menghimpun rakyat untuk berganding bahu ke arah hala tuju sama.

"Sebab itulah pemimpin 4G (generasi keempat) dan saya komited untuk bekerjasama bersama rakyat Singapura demi Singapura, sedang kita melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan membangun negara kita," kata Encik Heng.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Anugerah Jauhari Berita Harian pada Jumaat malam (11 Oktober) .

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg