Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng: Pemimpin 4G ingin raih mandat kukuh rakyat

Nov 10, 2019 | 2:05 PM
KONVENSYEN PAP: Sekitar 2,500 aktivis berkumpul di Singapore Expo bagi majlis Konvensyen dan Anugerah PAP yang juga diadakan sempena ulang tahun ke-65 PAP (PAP65) pada 10 November.
KONVENSYEN PAP: Sekitar 2,500 aktivis berkumpul di Singapore Expo bagi majlis Konvensyen dan Anugerah PAP yang juga diadakan sempena ulang tahun ke-65 PAP (PAP65) pada 10 November. - Foto NUR ADILAH MAHBOB

PENOLONG Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Heng Swee Keat, pada hari Ahad (10 November) menyeru aktivis parti itu untuk menyokong kepimpinan generasi keempat (4G) dalam meraih kepercayaan warga dan mendapatkan mandat kukuh dalam pilihan raya umum akan datang.

"4G akan memerlukan sokongan berterusan anda sedang kami menggalas tanggungjawab berat memajukan negara kami.

"Sebagai aktivis parti, anda juga boleh jadi ejen perubahan. Ingat - kita parti tindakan!

"Bersama, kita boleh menambat kepercayaan rakyat dan mendapatkan mandat kukuh dalam pilihan raya seterusnya," kata Encik Heng, yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada sekitar 2,500 aktivis di acara Konvensyen dan Anugerah PAP, yang turut diadakan sempena ulang tahun ke-65 PAP (PAP65), di Singapore Expo pada Ahad (10 November).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg