DPM Heng tarik diri sebagai ketua pasukan 4G, beri laluan lebih muda jadi pengganti PM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng tarik diri sebagai ketua pasukan 4G, beri laluan lebih muda jadi pengganti PM

Apr 8, 2021 | 6:31 PM

DPM Heng tarik diri sebagai ketua pasukan 4G, beri laluan lebih muda jadi pengganti PM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
UNDUR DIRI: DPM Heng (kiri) bercakap kepada media di sidang media di Istana pada Khamis (8 April), di mana beliau mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan kepimpinan generasi keempat (4G). Keputusan itu juga bermakna DPM Heng tidak lagi dianggap sebagai bakal Perdana Menteri. Di sebelahnya adalah Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang bersetuju kekal menyandang jawatan itu sehingga pasukan 4G memilih ketua baru dan ketua itu bersedia menggantikan Encik Heng.
UNDUR DIRI: DPM Heng (kiri) bercakap kepada media di sidang media di Istana pada Khamis (8 April), di mana beliau mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan kepimpinan generasi keempat (4G). Keputusan itu juga bermakna DPM Heng tidak lagi dianggap sebagai bakal Perdana Menteri. Di sebelahnya adalah Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang bersetuju kekal menyandang jawatan itu sehingga pasukan 4G memilih ketua baru dan ketua itu bersedia menggantikan Encik Heng. - Desmond Foo

TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat telah memutuskan untuk menarik diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G), dan memberi laluan kepada orang lebih muda untuk menjadi pengganti Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Encik Heng, yang kini berusia 60 tahun, menyebut cabaran jangka panjang daripada pandemik Covid-19 serta cabaran berat tugas sebagai PM, sebagai sebab di sebalik keputusannya.

Dalam satu surat kepada Encik Lee bertarikh Khamis 8 April, Encik Heng berkata: "Tahun ini, saya berusia 60 tahun. Sedang krisis (Covid-19) akan berlarutan, saya akan berusia hampir pertengahan 60-an tahun apabila krisis ini berlalu.

"Apabila saya lihat usia tiga Perdana Menteri pertama kami semasa mereka mula menyandang jawatan itu, saya akan mempunyai masa persiapan terlalu singkat kalau saya jadi Perdana Menteri yang seterusnya nanti.

"Kami memerlukan pemimpin yang bukan hanya akan membangun Singapura semula, bahkan menerajui fasa selanjutnya dalam usaha membangun negara."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg