Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng terima pengiktirafan tertinggi Hari Buruh

Apr 28, 2021 | 9:11 PM
TERIMA PINGAT KEHORMATAN: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menerima Pingat Kehormatan, pengiktirafan tertinggi Hari Buruh daripada Presiden NTUC, Cik Mary Liew. Bersama mereka ialah Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng. - Foto DESMOND WEE
TERIMA PINGAT KEHORMATAN: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menerima Pingat Kehormatan, pengiktirafan tertinggi Hari Buruh daripada Presiden NTUC, Cik Mary Liew. Bersama mereka ialah Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng. - Foto DESMOND WEE -

TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menerima pengiktirafan tertinggi Hari Buruh kerana usahanya membantu perniagaan kekal bertahan dan memelihara kehidupan pekerja di sini di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pingat Kehormatan itu disampaikan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) buat individu yang telah menawarkan khidmat gemilangnya pada gerakan buruh.

Encik Heng, 60 tahun, yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi juga diiktiraf kerana memainkan peranan penting dalam membantu firma di sini mengharungi krisis ekonomi menerusi lima Belanjawan tahun lalu.

Beliau juga telah memperjuangkan dasar yang melengkapi pekerja dengan kemahiran yang diperlukan agar dapat terus kekal bekerja.

Encik Heng adalah antara 143 individu dan pertubuhan yang menerima anugerah mereka kerana sumbangan yang boleh diteladani.

Dalam wawancara bersama blog NTUC, LabourBeat, Encik Heng berkata wabak Covid-19 adalah yang membawa krisis tidak diduga serta cabaran menggentarkan buatnya dan pasukannya di Kementerian Kewangan.

"Namun, situasi yang lebih menggentarkan adalah bagi perniagaan dan pekerja kita. Bagi sesetengahnya, perniagaan mereka terhenti semalaman. Pekerja pula risau tentang sama ada mereka akan dibayar gaji dan mampu mengekalkan pekerjaan mereka," jelasnya.

Bagi menyokong mereka, langkah Belanjawan yang biasanya mengambil masa beberapa bulan dijana dalam masa beberapa minggu dan dilaksanakan secepat mungkin.

Salah satu dasar utama ialah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang membantu mengimbangi sebahagian pendapatan pekerja tempatan.

Pengiktirafan yang diberi kepada Encik Heng ini diraih seminggu selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan rombakan Kabinet. Encik Heng akan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, mulai 15 Mei ini.

"Apa yang penting bukan berapa banyak sumbangan seseorang individu. Apa yang lebih utama bagi Singapura ialah bagi pemimpinnya mengetepikan kepentingan peribadi dan ego mereka, untuk fokus pada gambaran suasana lebih meluas lagi dan apakah yang terbaik buat negara kita," katanya.

Anugerah Hari Buruh tahun ini diadakan dalam dua sesi di Downtown East serta distrim menerusi Zoom.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg