Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Lawrence Wong akan bentang Belanjawan 2023 di Parlimen pada 14 Februari

Dec 29, 2022 | 11:26 AM
Akan terdapat juga liputan secara langsung di televisyen dan radio semasa pembentangan kenyataan Belanjawan.
Akan terdapat juga liputan secara langsung di televisyen dan radio semasa pembentangan kenyataan Belanjawan. - Foto: Gov.sg

TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan membentangkan kenyataan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Selasa, 14 Februari depan.

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (29 Disember), akan terdapat liputan secara langsung di televisyen dan radio berkaitan pembentangan kenyataan Belanjawan itu.

Satu pautan kepada siaran laman secara langsung semasa pembentangan kenyataan Belanjawan itu akan disediakan di laman Belanjawan Singapura (www.singaporebudget.gov.sg).

Kenyataan Belanjawan penuh itu akan diterbitkan di laman Belanjawan Singapura selepas penyampaian tersebut.

"Kami akan terus menggalak warga Singapura untuk berkongsi pandangan dan saranan mereka mengenai isu-isu yang relevan kepada Belanjawan 2023 sehingga Jumaat, 13 Januari 2023," kata kenyataan itu lagi.

Pandangan tersebut boleh dikongsi secara dalam talian menerusi laman mikro Belanjawan 2023 unit maklum balas REACH, atau e-Listening Points REACH.

Anda boleh terus berbuat demikian sehingga Jumaat, 13 Januari depan, menerusi www.reach.gov.sg/budget2023.

MOF akan bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbinya dalam platform #shareyourviews Ask Kopi Kakis untuk mendapatkan pandangan dan saranan orang ramai sehingga Jumaat 13 Januari depan.

Butiran mengenai #shareyourviews Ask Kopi Kakis boleh diperolehi di https://www.pa.gov.sg/Newsroom/News/detail/Share-Your-Views-Ahead-of-Budget-2023.

Saranan juga boleh diberi menerusi saluran berikut:

* Laman Belanjawan Singapura di www.singaporebudget.gov.sg

* Laman mikro Belanjawan 2023 REACH di www.reach.gov.sg/budget2023

* Facebook REACH Singapore di www.facebook.com/REACHSingapore

* Instagram REACH Singapore di www.instagram/reachsg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg