Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Teo: Dalami kepercayaan antara kaum, perluas ruang hidup bersama
Pemerintah akan terus kerjasama dengan pemimpin masyarakat dalam perkukuh hubungan
May 24, 2015 | 5:30 AM
DPM Teo: Dalami kepercayaan antara kaum, perluas ruang hidup bersama
PENDUDUK Singapura harus kekal peka pada trend dan penggerak utama yang boleh tercetus dan berakar umbi sehingga menjejas perpaduan sosial dan keharmonian masyarakat di sini.
Pada masa yang sama, sedang setiap kaum memiliki ruangnya sendiri, usaha mendalami kepercayaan antara mereka dan memperluas ruang hidup bersama yang menyatukan semua penduduk harus dipertingkat.