DPM Teo: MHA terus tingkat keupayaan tangani cabaran seperti pengganasan
Premium
DPM Teo: MHA terus tingkat keupayaan tangani cabaran seperti pengganasan
Keamanan dipelihara dengan kerjasama masyarakat
Mar 7, 2015 | 5:30 AM
RRG: Kumpulan agama RRG, menurut Encik Teo, memainkan peranan penting dalam mencegah dan menghalang pengganasan. - Foto fail -
WARGA Singapura daripada setiap masyarakat memahami betapa rapuhnya keamanan dan keharmonian negara ini, dan mereka menyokong kerja yang dilakukan agensi keselamatan.
Kumpulan masyarakat dan agama seperti Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) juga mainkan peranan utama dalam mencegah dan menghalang pengganasan dan dalam mengekalkan perpaduan serta keharmonian sosial selepas kejadian serangan.

