Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Tharman: Persoalan tentang pilihan raya presiden khas boleh difahami, tunjuk aspirasi watan
DPM Tharman: Persoalan tentang pilihan raya presiden khas boleh difahami, tunjuk aspirasi watan

DPM Tharman: Persoalan tentang pilihan raya presiden khas boleh difahami, tunjuk aspirasi watan
PERSOALAN yang ditimbulkan berkenaan pilihan raya presiden adalah 'boleh difahami', kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, memberikan pendapat positif tentang keprihatinan yang disuarakan sebahagian pihak awam.
"Adalah menggalakkan, bahawa orang prihatin tentang perkara ini, dan mereka mahukan kaum menjadi perkara yang lebih kecil di masa depan," kata Encik Tharman, di sebuah dialog di Universiti Teknologi nanyang (NTU) kelmarin.
"Ia menggalakkan kerana ia menunjukkan apa yang kita lafaz dalam ikrar kini adalah berharga." Encik Tharman berkata demikian semasa menjawab soalan tentang sama ada pilihan raya khas bagi sesebuah kaum telah memahat dengan lebih mendalam, idea kaum dan jika ia menunjukkan kemunduran dalam hubungan antara kaum.