Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Wong akan membentangkan Belanjawan menuju ke Era Baru pada Selasa
DPM Wong akan membentangkan Belanjawan menuju ke Era Baru pada Selasa
DPM Wong akan membentangkan Belanjawan menuju ke Era Baru pada Selasa
Belanjawan 2023 akan menetapkan bagaimana Singapura akan merebut peluang dalam dunia yang terus tidak menentu, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Isnin (13 Feb).
Menurut beliau di hari terakhir sekatan Covid-19, sementara kita telah bangkit kukuh bersama daripada pandemik, kita kini perlu bersiap menghadapi masa depan pasca pandemik yang baru.
Encik Wong yang akan menyampaikan Belanjawan di Parlimen pada 3.30 petang esok, berkata: "#SGBudget2023 adalah mengenai "Melangkah ke Hadapan dalam Era Baru".
"Belanjawan ini akan menetapkan bagaimana kita akan menjamin peluang dalam dunia yang bermasalah, untuk membantu warga Singapura merebut peluang baru, memperkukuhkan kompak sosial kita dan memberi keyakinan kepada keluarga sementara kita membina daya ketahanan kolektif sebagai satu negara."
Menurut beliau dalam satu pos Facebook, perjalanan pada masa depan tidak akan mudah.
"Tetapi menerusi usaha kita bersama, dan kepercayaan yang ada dalam diri satu sama lain, saya yakin kita akan berjaya dan menjamin masa depan lebih baik untuk semua serta generasi pada masa akan datang."
