Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong belajar main sitar sempena Deepavali

Nov 12, 2023 | 4:08 PM
BERMAIN MUZIK: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, belajar cara bermain alat muzik bertali India, sitar.
BERMAIN MUZIK: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, belajar cara bermain alat muzik bertali India, sitar. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, belajar cara bermain alat muzik bertali India, sitar, baru-baru ini dan mengongsi pengalaman itu dalam satu video yang dimuat naik ke laman media sosialnya pada Ahad, sempena sambutan Deepavali.

Dalam video itu, beliau diberi pengenalan tentang alat muzik tersebut dan turut berpeluang mencuba bermainnya.

“(Saya) mendapat pengenalan ringkas kepada alunan indah sitar. Karthigayan (guru muzik) telah lama belajar, dan beliau sangat sabar dalam membimbing saya untuk memahami teknik asas. (Saya) menikmati pengalaman dan peluang itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan muzik India klasik yang kaya!” tulis Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, mengiringi kiriman video itu.

Dalam video itu, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali dalam bahasa Tamil.

Encik Wong seorang pencinta muzik dan mahir bermain gitar.

Beliau telah beberapa kali dilaporkan bermain gitar dalam penampilan awamnya.

Pada September 2022, beliau memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dengan sesi bermain gitar bersama Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Pada September 2023, Encik Wong mengongsi video di laman YouTube beliau, yang menunjukkan beliau bermain gitar bersama Band Pusat Seni Persembahan Reben Kuning yang terdiri daripada bekas banduan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg