Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

DPM Wong beri bayangan keutamaan apabila jadi PM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong beri bayangan keutamaan apabila jadi PM

Apr 16, 2024 | 08:30 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memberi bayangan mengenai keutamaan dan perubahan yang lebih besar kepada barisan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum akan datang, apabila beliau bertemu pihak media buat kali pertama selepas diumumkan akan menjadi Perdana Menteri pada 15 Mei. 

Apakah antara perkara yang kita peroleh daripada perkongsian Encik Wong? Berita Harian membentangkan lima perkara tersebut.


1. Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, terus berkhidmat

Encik Wong berkongsi bahawa beliau gembira Encik Lee telah bersetuju untuk terus berkhidmat dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan selepas beliau melepaskan jawatannya pada 15 Mei.

Ini merupakan langkah serupa yang dilakukan Perdana Menteri sebelum beliau yang turut menyandang jawatan Menteri Kanan.

Mantan Perdana Menteri, mendiang Encik Lee Kuan Yew, dan Encik Goh Chok Tong kedua-duanya pernah berkhidmat sebagai Menteri Kanan setelah melepaskan jawatan mereka.







2. Penghargaan buat Encik Lee

Encik Wong turut melahirkan penghargaan beliau terhadap Encik Lee atas khidmat dan sumbangannya kepada negara.

Encik Wong menyatakan bahawa Encik Lee telah melakukan begitu banyak untuk Singapura sepanjang tempoh 20 tahun beliau memimpin negara.

Sewaktu tempoh itu, ekonomi Singapura telah berkembang dengan pesat, dan rakyat Singapura telah menikmati peningkatan yang stabil dalam pendapatan dan taraf hidup mereka, tambah Encik Wong.

“Kami telah mengharungi banyak krisis dan muncul lebih kuat setiap kali. Kedudukan antarabangsa kami telah meningkat dengan ketara, dan jenama Singapura dikagumi dan dihormati di serata dunia.

“Bagi pihak semua rakyat Singapura, saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Hsien Loong atas khidmatnya yang mengutamakan negara kita dan sumbangan yang berkekalan kepada Singapura.”


3. Perubahan dalam
Kabinet semasa

Menurut Encik Wong, meskipun mungkin tiada perubahan besar dalam Kabinet, beliau sedang mempertimbangkan untuk menaikkan pangkat beberapa Anggota Parlimen (AP) serta membawa masuk beberapa pelapis bagi mengukuhkan lagi pasukan pemimpin generasi keempat (4G).

Bagaimanapun, beliau tidak memberi sebarang petunjuk mengenai siapa yang bakal dinaikkan, sambil menegaskan bahawa pengumuman itu akan dibuat semasa sidang media beberapa hari sebelum majlis angkat sumpahnya pada 15 Mei.

Encik Wong berkata bahawa “perubahan yang lebih besar” kepada Kabinet mungkin berlaku hanya selepas Pilihan Raya Umum akan datang, yang harus diadakan sebelum November 2025.

Beliau sudah pun mencari calon baru, terutama mereka yang berpotensi memegang jawatan politik, “untuk memperbaharui dan mengukuhkan pasukan dengan anggota baru”.

4. Keutamaan segera sebagai Perdana Menteri baru

Sebagai Perdana Menteri, Encik Wong berkata beliau akan menangani keutamaan segera berkaitan pekerjaan, ekonomi dan kos sara hidup.

Beliau menambah bahawa komitmen pemerintah kekal teguh dalam memberikan jaminan yang lebih besar kepada keluarga, warga emas serta kumpulan rentan.

Selain menangani isu-isu mendesak, beliau berkata pemerintah berdedikasi mengambil langkah nyata ke arah aspirasi kolektif Singapura, seperti yang digariskan dalam daya usaha Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward Singapore.


“Kami mempunyai pelan hala tuju dan kami berharap kami boleh mengambil langkah konkrit ke arah ini kerana ini bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata.

“Kami perlu mengambil langkah ke arah membina matlamat jangka panjang kami,” katanya.

Sepanjang proses ini, Encik Wong menegaskan bahawa pemerintah akan secara aktif meminta maklum balas daripada rakyat Singapura, menjemput mereka memberi pandangan, idea, aspirasi serta berkongsi kebimbangan mereka.

5. Gabungan Menteri berpengalaman dan baru
dalam Kabinet barunya

Melangkah ke hadapan, Encik Wong berkata keutamaannya adalah membentuk pasukan terbaik untuk Singapura dengan tumpuan kepada kedua-dua perubahan dan kesinambungan.

“Kita harus membina apa yang kita ada hari ini. Kita harus mengesahkan dan memperkukuh apa yang berfungsi dengan baik untuk Singapura,” katanya.

“Tetapi saya juga mahukan perubahan kerana kita harus meneliti semula dan menyegarkan semula pendekatan semasa kita dan bersedia melakar haluan baru untuk menyesuaikan diri dengan lebih berkesan kepada persekitaran yang berubah dengan pantas.”

Beliau menambah bahawa matlamat lainnya adalah untuk mencapai keseimbangan yang baik antara menteri berpengalaman dengan yang baru yang boleh menambah perspektif terkini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >